HALAMAN SANTAI

Rabu, 15 April 2015

JENIS PAKEJ HOMESTAY JKKK


(*)  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej ditawarkan , sila letakkan alat ' tetikus ' anda pada tulisan pakej tertentu dan KLIK ,


1. PAKEJ AKTIVITI SETEMPAT ( Bayaran murah ! )
6. PAKEJ MAKAN SELERA KAMPUNG .


PERHATIAN:

Semua tempahan pakej yang dibuat perlu disahkan/ dimuktamadkan semula kepada Penyelia Homestay JKKK melalui panggilan / SMS kepada 019.911 4470 , selewat-lewatnya (3) hari sebelum tarikh dicadangkan serta membuat wang pendahuluan seperti dipersetujui.

Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan tempahan terbatal dengan sedirinya dan pihak Homestay JKKK tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan kemudiannya. Terima kasih.



MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. HOMESTAY JKKK menyediakan beberapa buah rumah kampung untuk penginapan pelawat yang menyertai ' Pakej Lawatan  '  dan mereka yang datang semata-mata untuk bermalam bersama kumpulan / keluarga. Rumah-rumah tersebut berdekatan antara satu sama lain manakala penempatan pelawat lelaki  dan perempuan ditempatkan secara rumah berasingan ( Kecuali penginapan satu kelompok keluarga / mahram ).

2. Pusat perhimpunan dan taklimat lawatan , makan minum  dan aktiviti dalaman pelawat akan dilakukan di BALAIRAYA COMEL, Pekan Selasa Lama, Sungai Haji Dorani ( Tepi jalan besar - Jalan Sekinchan / Sungai Besar )

2. Semua aktiviti luaran seperti memancing / menggagau ikan , naik sampan / rakit , berbasikal, naik gerabak motor / mini traktor dan lain-lain dilakukan di PUSAT AKTIVITI HOMESTAY JKKK ( berhampiran Balairaya Comel ). Manakala aktiviti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.

3. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan. Kenudahan lain disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD dan alatan untuk BBQ.



UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PENYELIA HOMESTAY DI TALIAN O19-9114470 ( Ustaz Haji Ab.Jalil ) / whatsApp : 019-911 4470 email: kampongshd@gmail.com




' MOTO HOMESTAY JKKK'
KAMI MAHU YANG TERBAIK


Tiada ulasan:

Catat Ulasan