HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Februari 2016



SOALAN LAZIM 
KEPADA HOMESTAY JKKK


Apakah pakej yang ditawarkan oleh Homestay JKKK kepada pelawat ?
- Pakej-pakej ditawarkan boleh dilihat pada halaman ' Jenis pakej Homestay JKKK ' dan
  anda KLIK  sahaja nama pakej tersebut untuk mendapatkan jawapan lanjut.

Bolehkah pelawat terdiri dari kumpulan keluarga sahaja menyertai aktiviti ditawarkan ?
- Boleh. Mereka perlu membuat tempahan rumah penginapan Homestay JKKK
  mengikut jenis rumah dan lokasinya lebih dahulu . Kemudian untuk menyertai aktiviti
  akan dikenakan bayaran berasingan

Bolehkah pelawat membuat pindaan aktiviti Homestay JKKK yang ditawarkan ?.
- Boleh. Tetapi perlu membuat rundingan lebih dahulu dengan pihak Homestay JKKK.

Adakah Homestay JKKK menyediakan pengangkutan melawat perusahaan IKS ?
- Tidak ada disediakan. Pengangkutan untuk tujuan itu perlu menggunakan kenderaan
   pelawat ( bas ) sendiri.

Adakah Homestay JKKK menyediakan ' pemandu pelancong ' semasa lawatan ?
- Homestay JKKK ada menyediakan petugas-petugas khas semasa lawatan dan juga
  sepanjang aktiviti diadakan.

Di mana lokasi rumah penginapan Homestay JKKK dan adakah ianya berjauhan ?
- Lokasi rumah penginapan Homestay JKKK ada di kawasan sawah padi, kebun
  kelapa dan ladang mangga ( mempelam ).

Adakah pelawat yang bermalam ditempatkan bersama keluarga angkat ?.
- Tidak. Pelawat yang bermalam sebahagiannya di rumah ' Homestay Pusat ' ( tidak bersama tuan punya rumah - rumah kosong )  dan sebahagian di tempatkan di rumah bahagian atas secara berasingan dengan tuan punya rumah.
Apakah cara paling mudah untuk membuat bayaran pakej lawatan ?
- Melalui bayaran di Bank Islam, May Bank atau Bank Rakyat. Nombor akaun berkenaan
  ada disediakan pada halaman berkaitan.

Berapa ramai jumlah pelawat boleh diterima oleh Homestay JKKK ?.
- Bilangan maksima untuk lawatan tidak bermalam ( lawatan sehari ) ialah 120 orang
  ( 3 bas ). Bagi lawatan bermalam ( 2 hari 1 malam dll ) ialah 80 orang ( 2 bas )
  
Adakah Homestay JKKK mempunyai kemudahan aktiviti untuk pelawat ?
- Homestay JKKK mempunyai kemudahan dewan ( balai raya ) , padang permainan ,
  alatan sukaneka/ permainan tradisional , PA sistem / LCD dan peralatan BBQ.

Adakah kemudahan kedai makan berhampiran rumah penginapan Homestay JKKK ?
- Kedai-kedai makan ada berhampiran dengan rumah penginapan Homestay JKKK
  untuk minum / sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Selain itu ada kedai barang
  runcit dan stesyen minyak PETRONAS.
  
        Apakah bandar/ pekan paling hampir dengan Homestay JKKK  ?
          - Bandar / pekan paling hampir ialah Sungai Besar, jauhnya kira-kira 05 km .

          Bolehkah pelawat datang membuat tinjauan awal ke Homestay JKKK ?.
          - Homestay JKKK sentiasa mengalu2kan kedatangan pelawat untuk membuat tinjauan
          awal sebelum tarikh lawatan; supaya tidak berlaku sebarang masalah, terutama 
          untuk lokasi semasa ketibaan nanti. 

        Adakah perlu meminta kebenaran jika ada pihak ingin mengambil gambar bagi   
        tujuan penggambaran  drama / filem ?.
        - Tidak perlu meminta kebenaran. Kecuali jika melibatkan pihak individu penduduk atau aset
           Homestay JKKK. Walau bagaimanapun adalah lebih baik memberitahu pihak Homestay,
           JKKK supaya lebih mendapat kerjasama dan mengelakkan kekeliruan

          

     (*)  LAIN-LAIN PERTANYAAN BOLEH DIMAJUKAN MELALUI TALIAN 019-911 4470 ( PENYELIA
               HOMESTAY JKKK.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan