HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Mac 2017


PAKEJ AKTIVITI KELUARGA
( Pakej Baru ! )


Atas permintaan ramai, HOMESTAY JKKK telah melancarkan sebuah pakej baru dikenali sebagai  PAKEJ AKTIVITI KELUARGA ,  mulai awal bulan Mac 2017 lalu.

1. BILANGAN PESERTA : Minima penyertaan seramai (5 ) orang  ( dewasa atau kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas ) serta tiada had bilangan maksima.

2. BAYARAN PAKEJ : Seorang peserta dikenakan bayaran RM 10 ( Ringgit Malaysia : sepuluh Sahaja ), untuk mengikuti semua aktiviti  ditawarkan , termasuk minuman semasa aktiviti.

3. AKTIVITI YANG DITAWARKAN: Peserta pakej berpeluang melakukan aktiviti yang sama dengan pelawat-pelawat yang datang melalui pakej lawatan biasa. Seperti  naik sampan, naik rakit, memancing ikan, melawat pantai / kampung menaiki mini traktor dan mencari remis di pantai Laut Selat Melaka ( Tempat : Pusat Aktiviti Pantai ) . Atau aktiviti naik sampan, naik rakit, melawat kampung menaiki mini traktor, memancing ikan , mandi di palung sawah, menghayati aktiviti pesawah dan menggagau ikan ( Tempat : Pusat Aktiviti Sawah )  Setiap aktiviti turut diawasi oleh petugas HOMESTAY JKKK.

4. WAKTU AKTIVITI : ( A ) . Waktu pagi : Mulai jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. ( B ). Waktu petang : Mulai jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.

5. TEMPAHAN :  Dilakukan  ( 3 )  hari sebelum tarikh datang membuat aktiviti ( ATAU )  Semasa datang ke rumah penginapan HOMESTAY JKKK.

( Sila hubungi telefon / SMS nombor 019-911 4470 . Tempahan melalui whatsapp TIDAK DIGALAKKAN bagi mengelakkan tempahan ' terlepas pandang ' ).
                                                                   
6. BAYARAN : Secara tunai semasa datang membuat aktiviti  ( ATAU ) melalui bank nombor: 12056 02 0074475 ( Bank Islam ). Slip bayaran perlu ditulis nama penuh dan tarikh akhtiviti kemudian di whatsapp kepada nombor 019-911 4470 sebagai bokti pembayaran bank.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan