HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Mei 2017


PAKEJ KHAS BULAN RAMADHAN - 2017


Seperti tahun-tahun lalu, apabila tiba bulan Ramadhan Homestay JKKK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar akan menawarkan PAKEJ KHAS BULAN RAMADHAN dengan tujuan memberi peluang kepada para pelawat membeli kuih muih terus dari pengusahanya terdiri dari penduduk kampung Sungai Haji Dorani dan sekitarnya.

Pakej sehari ini ( Mulai jam 10 pagi hingga jam 4.30 petang ) menawarkan bayaran hanya sebanyak RM 20 seorang , di mana pelawat akan dibawa ke tempat-tempat perusahaan membuat berbagai kuih muih , kerepek dan biskut, Nata De Coco, kuih sejuk beku dan kulit lembu proses .

Pelawat juga boleh membeli belah pakaian , kain baju dan perhiasan Hari Raya yang dikenali ramai sebagai harga lebih murah dari tempat lain, di sekitar Pekan Sungai Besar.

Selain itu , Insya Allah pelawat akan dibekalkan makanan juadah  bagi kemudahan berbuka puasa dalam perjalanan pulang.

Pertanyaan dan tempahan lawatan sila hubungi talian 019-911 4470 ( Penyelia Homestay JKKK - Ustaz Haji Ab.Jalil )

SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan