HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Jun 2017


AWAS JANGAN KELIRU !

Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar , Selangor mempunyai ( 9 ) homestay , selain HOMESTAY JKKK.  Homestay berkenaan hanya menawarkan perkhidmatan penginapan sahaja serta dimiliki / ditadbir oleh orang perseorangan atau secara perkongsian.

HOMESYAY JKKK selain dimiliki dan ditadbir oleh Biro Pelancongan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut menawarkan perkhidmatan tempat penginapan dan juga pakej-pakej lawatan kepada para pelawat yang berkunjung ke kampung ini.

Terdapat juga beberapa homestay berada di luar kampung ini yang turut menamakan homestay mereka dengan menggunakan nama tambahan ' Sungai Haji Dorani ', walaupun bukan di bawah pentadbiran JKKK Sungai Haji Dorani
.
Sehubungan itu perlu dijelaskan, semua homestay kepunyaan orang perseorangan , perkongsian atau yang berada di luar kampung ini ( walaupun menggunakan nama / hubungan  ' Sungai Haji Dorani ' ) homestay berkenaan TIADA HUBUNGAN / KERJASAMA dengan HOMESTAY JKKK.

Oleh itu, sekiranya pelawat menghadapi kesulitan , layanan tidak memuaskan atau sebagainya dari homestay tersebut maka HOMESTAY JKKK tidak boleh dipertanggungjawabkan dan berada di luar bidang kuasanya.

PASTIKAN apabila anda berhubung hanya kepada HOMESTAY JKKK.

Perhubungan:
1. Telefon Pejabat: 019- 911 4470 ( Ustaz Haji Ab.Jalil )
2. Email: kampongshd@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan