HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 April 2018


 PUSAT AKTIVITI SAWAH


Sempena musim menanam padi April 2018, Homestay JKKK telah memindahkan aktiviti di Pusat Aktiviti Pantai yang beroperasi mulai Januari 2018 hingga Mac 2018 lalu ke Pusat Aktiviti Sawah pula. Perpindahan pusat aktiviti ini sengaja dirancang supaya pelawat dapat melakukan aktiviti sesuai dengan musim bersawah pula.

Aktiviti dilakukan di Pusat Aktiviti Sawah ialah: Naik rakit, naik sampan , berbasikal di jalan sawah, melawat kawasan sawah naik mini traktor dan juga mandi di palung. Apabila anak padi membesar dan mulai terbit buahnya Insya Allah aktiviti akan ditambah dengan memancing ikan serta aktiviti sebenar ' menggagau ' ikan dalam parit sawah.

Jangan lupa ! Sebelum melakukan aktiviti di atas pelawat berpeluang melawat perusahaan / kilang IKS seperti perusahaan membuat berbagai jenis biskut, kuih bahulu. kerepek, nata de coco, kuih sejuk beku dan lawatan ke Muzium Pertanian dan Perikanan serta ' Masjid Jin ' di Kampong Panchang Bedena ( mengikut kesesuaian masa ).

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung aktiviti dinyatakan dan keadaan semasa Kampong Sungai Haji Dorani, sila hubungan PENYELIA HOMESTAY JKKK di talian 019-911 4470.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan