HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Julai 2019




1. PAKEJ AKTIVITI SETEMPAT
( Separuh hari - Aktiviti sahaja )



MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ AKTIVITI SETEMPAT ( Separuh Hari  ) terbuka untuk disertai oleh kalangan murid sekolah, Kolej / IPT dan orang dewasa berkumpulan. Minima penyertaan ialah 25 orang dan maksima 120 orang.

BAYARAN PAKEJ:

- Murid sekolah dan dewasa : RM 40.00 seorang.
- Guru / Pensyarah : RM 20.00 seorang  ( Terhad untuk 5 orang sahaja ).
- Potongan harga ( diskaun ) akan diberi kepada murid TADIKA, Sek. Rendah / 
  Sek. Menengah dan OKU sahaja.
- Pemandu bas: Percuma makan minum.
- Diperlukan wang pendahuluan sebanyak RM 100.00 dan baki bayaran dijelaskan 
  pada hari lawatan.
- Masa aktiviti sekitar (3) jam.

ATURCARA :

Jam 11.00 pagi ( Dijangka pelawat boleh sampai ke Homestay JKKK ):

- Taklimat Homestay JKKK/ kampung di Balai Taklimat Homestay JKKK .  
- Melakukan aktiviti setempat seperti naik sampan/ rakit, berbasikal,  melawat kampung 
  naik gerabak motor dan lain-lain.

Jam 1.00 petang:

- Makan tengah hari ( Di Pusat Taklimat Homestay JKKK  )
- Ucapan penutup dan penyampaian cenderamata Homestay JKKK.
- Membeli belah di Pusat Jualan Kerepek ( Jika perlu )
- Pelawat bertolak pulang....


2. PAKEJ LAWATAN SEHARI
( Tanpa menginap ) 


MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ LAWATAN SEHARI terbuka untuk disertai oleh kalangan murid sekolah,Kolej / IPT dan orang dewasa berkumpulan. Minima penyertaan ialah 25 orang dan maksima 120 orang.

BAYARAN PAKEJ:

- Murid sekolah dan dewasa : RM 60.00 seorang.
- Guru / Pensyarah : RM 30.00 seorang  ( Terhad untuk 5 orang sahaja ).
- Potongan harga ( diskaun ) akan diberi kepada murid TADIKA, Sek. Rendah / 
  Sek. Menengah dan OKU sahaja.
- Pemandu bas: Percuma makan minum.
- Diperlukan wang pendahuluan sebanyak RM 100.00 dan baki bayaran dijelaskan 
  pada hari lawatan.

ATURCARA :

Jam 11.00 pagi ( Dijangka pelawat boleh sampai ke Homestay JKKK ):

- Taklimat Homestay JKKK / kampung di Balai Taklimat Homestay JKKK .
- Minum pagi ' Selamat Datang '
- Melakukan lawatan ke Pusat Jualan Kerepak, perusahaan bahulu, Nata De Coco,
  minyak kelapa dara dan  lain-lain.

Jam 1.00 petang:

- Makan tengah hari Di Pusat Taklimat Homestay JKKK.
- Solat di Masjid An Nur ( Lokasi penggambaran drama TV Nur Kasih dan Oh Kampungku).

Jam 3.00 petang:

- Melakukan aktiviti seperti naik rakit/ sampan, berbasikal, melawat kampung naik gerabak
  dan lain-lain.
- Ucapan penutup dan penyampaian cenderamata Homestay JKKK
- Minum petang.
- Lawatan tamat dan bersurai..... 


3. PAKEJ (2) HARI (1) MALAM
( Pakej bermalam )


MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ LAWATAN (2) HARI (1) MALAM terbuka untuk disertai oleh kalangan murid sekolah, Kolej / IPT dan orang dewasa berkumpulan. Minima penyertaan ialah 25 orang 
dan maksima 60 orang.

BAYARAN PAKEJ:

- Murid sekolah dan dewasa : RM 100.00 seorang.
- Guru / Pensyarah : RM 40.00 seorang  ( Terhad untuk 5 orang sahaja ).
- Potongan harga ( diskaun ) akan diberi kepada murid TADIKA, Sek. Rendah / 
  Sek. Menengah dan OKU sahaja.
- Pemandu bas: Percuma makan/ minum dan tempat penginapan.
- Diperlukan wang pendahuluan sebanyak RM 100.00 dan baki bayaran dijelaskan 
  pada hari lawatan.

ATURCARA :

Jam 3.00 petang ( Dijangka pelawat akan sampai ke Homestay JKKK ):

- Taklimat Homestay JKKK di Balai Taklimat Homestay JKKK .
- Melakukan aktiviti seperti naik rakit/ sampan, berbasikal, melawat sawah naik gerabak
  dan lain-lain.

Jam 6.00 petang:

- Makan malam di Balai Taklimat Homestay JKKK.
- Pulang ke tempat penginapan Homestay Pusat JKKK

Jam 9.00 malam:

- Melakukan aktiviti ' Jalan Malam ' di sekitar kampung.
- Sembang santai dan minum malam.
- Rehat / Tidur.

Jam 8.30 pagi ( Keesukan harinya ):

- Sarapan pagi di Homestay Pusat JKKK.
- Membuat lawatan ke tempat-tempat perusahaan seperti kuih bahulu, Nata De Coco, 
  Minyak Kelapa Dara, perusahaan coklat dan Pusat Jualan Kerepek.

Jam 12.00 pagi.

- Ucapan penutup dan penyampaian cenderamata Homestay JKKK.
- Makan tengah hari.
- Tamat lawatan dan bersurai....



4. PAKEJ AKTIVITI KELUARGA



MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ AKTIVITI KELUARGA terbuka kepada kumpulan keluarga yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti disediakan oleh Homestay JKKK, seperti naik sampan/ rakit, berbasikal, melawat sawah naik gerabak dan lain-lain. Bilangan minima penyertaan pakej ini ialah seramai (5) orang yang dikenakan bayaran atau lebih .

BAYARAN PAKEJ:

- Bayaran penyertaan: RM 20.00 seorang.
- Kanak-kanak berumur (4) tahun ke bawah adalah percuma.
- Aktiviti-aktiviti akan dikendalikan oleh petugas Homestay JKKK.

ATURCARA :

- Aktiviti boleh dilakukan pada sebelah pagi ( Jam 9.00 hingga 11.00 pagi ) atau sebelah 
  petang ( Jam 3.00 hingga jam 5.00 petang ).
- Tempahan perlu dilakukan (3) hari sebelum aktiviti dan bayaran dijelaskan pada hari 
  aktiviti dilakukan,
- Minuman semasa aktiviti disediakan.

Pertanyaan dan tempahan sila hubungi talian 019-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) atau talian 011-2150 9958 ( Shahrul )


5. PAKEJ KAJIAN AKADEMIK
( Untuk penuntut kolej / IPT )



MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ KAJIAN AKADEMIK adalah pakej yang memberi kemudahan kepada penuntut Kolej / IPT membuat kajian beberapa perkara berkaitan Kampong Sungai Haji Dorani. Seperti kajian berhubung kebudayaan suku kaum Banjar, Melayu, Jawa dan juga kajian tentang ekonomi penduduk , Industri Kecil Sederhana (IKS) dan Homestay JKKK.

KEMUDAHAN PENGINAPAN:

Penuntut yang memerlukan rumah penginapan semasa membuat kajiannya boleh menyewa Homestay JKKK dengan kadar bayaran tertentu. Walaupun begitu, perkhidmatan makan minum tidak disediakan. Namun, kedai-kedai makan ada berhampiran dengan rumah penginapan tersebut.

BAYARAN PAKEJ:

- Bayaran RM 50,00 bagi satu kumpulan (5) orang.
- Kumpulan melebihi (5) orang dikenakan tambahan RM 5.00 setiap seorang peserta.

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN:

Sebarang pertanyaan dan tempahan tarikh membuat kajian sila hubungi Penyelia Homestay JKKK di talian 019-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) atau setiausaha di talian 011-2150 9958 ( Shahrul )


PERHATIAN: Semua tempahan pakej perlu disahkan / dimuktamadkan semula selewat2nya ( 3 ) hari bekerja kepada Penyelia / Setiausaha Homestay JKKK melalui panggilan / SMS / w/shapp serta membuat wang pendahuluan seperti dipersetujui. Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan tempahan terbatal dengan sedirinya dan pihak Homestay JKKK tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan kemudiannya. Terima kasih. MAKLUMAT TAMBAHAN: 1. HOMESTAY JKKK menyediakan banyak rumah kampung dan rumah batu untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kumpulan ) dan ada yang berasingan. Penempatan pelawat lelaki dan perempuan dilakukan secara berasingan bagi pelawat pakej lawatan ( Kecuali penginapan keluarga / mahram ). 2. Pusat berhimpun / taklimat lawatan / makan / minum dan aktiviti dalaman pelawat akan berpusat di BALAI TAKLIMAT HOMESTAY JKKK, Sungai Haji Dorani . Manakala aktiviti luaran sepertti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing. 3. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan. Kemudahan lain turut disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD ( Akan dikenakan sedikit bayaran kerana penggunaannya ) UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :- 1. PENYELIA di talian O19-9114470 ( Haji Ab.Jalil ) / atau SETIAUSAHA di talain 011- 2150 9958 ( Shahrul ) 2. Email: kampongshd@gmail.com. Dikemaskini : 02/ 12/ 2019

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

PERHATIAN:

Semua tempahan pakej perlu disahkan / dimuktamadkan semula selewat2nya ( 3 ) hari bekerja kepada Penyelia / Setiausaha Homestay JKKK melalui panggilan / SMS / w/shapp serta membuat wang pendahuluan seperti dipersetujui.

Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan tempahan terbatal dengan sedirinya dan pihak Homestay JKKK tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan kemudiannya. Terima kasih.


MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. HOMESTAY JKKK menyediakan banyak rumah kampung dan rumah batu untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kumpulan ) dan ada yang berasingan. Penempatan pelawat lelaki dan perempuan dilakukan secara berasingan bagi pelawat pakej lawatan  ( Kecuali penginapan keluarga / mahram ).

2. Pusat berhimpun / taklimat lawatan / makan / minum dan aktiviti dalaman pelawat akan berpusat di BALAI TAKLIMAT HOMESTAY JKKK, Sungai Haji Dorani .  Manakala aktiviti luaran sepertti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.

3. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan. Kemudahan lain turut disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD ( Akan dikenakan sedikit bayaran kerana penggunaannya )


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :-

1. PENYELIA di talian O19-911 4470 ( Haji Ab.Jalil )  

2. SETIAUSAHA di talian 011- 2150 9958 ( Shahrul ) 

3. Email: kampongshd@gmail.com.


Dikemaskini pada 03 Dis. 2019


Tiada ulasan:

Catat Komen