HALAMAN SANTAI



5. PAKEJ KAJIAN AKADEMIK


LATAR BELAKANG PAKEJ:

PAKEJ KAJIAN AKADEMIK adalah pakej yang memberi kemudahan kepada penuntut Kolej / IPT untuk membuat kajian beberapa perkara berkaitan dengan Kampong Sungai Haji Dorani. Seperti kajian berhubung kebudayaan suku kaum Banjar, Jawa atau Kampar dan juga kajian tentang ekonomi penduduk , Industri Kecil Sederhana (IKS) dan homestay.

KEMUDAHAN PENGINAPAN: 

Penuntut yang memerlukan rumah penginapan semasa membuat kajiannya boleh menyewa homestay disediakan dengan kadar bayaran tertentu. Walaupun begitu, perkhidmatan makan minum tidak disediakan, tetapi kedai-kedai makan ada berhampiran dengan rumah penginapan tersebut.

BAYARAN PAKEJ:

- Bayaran RM 50,00 satu kumpulan (5) orang.
- Kumpulan melebihi (5) orang dikenakan tambahan RM 5.00 setiap seorang peserta.


PERTANYAAN:
Sebarang pertanyaan dan tempahan tarikh membuat kajian sila hubungi Penyelia Homestay JKKK di talian 019-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) atau setiausaha di talian 011-2150 9958 ( Shahrul )

MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. HOMESTAY JKKK menyediakan banyak rumah kampung dan rumah batu untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kumpulan ) dan ada yang berasingan. Penempatan pelawat lelaki dan perempuan dilakukan secara berasingan bagi pelawat pakej lawatan  ( Kecuali penginapan keluarga / mahram ).

2. Pusat berhimpun / taklimat lawatan / makan / minum dan aktiviti dalaman pelawat akan berpusat di BALAI TAKLIMAT HOMESTAY JKKK, Sungai Haji Dorani .  Manakala aktiviti luaran sepertti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.

3. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan. Kemudahan lain turut disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD ( Akan dikenakan sedikit bayaran kerana penggunaannya )


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :-

1. PENYELIA di talian O19-9114470 ( Haji Ab.Jalil )  /  atau  SETIAUSAHA di talain 011- 2150 9958 ( Shahrul ) 

2. Email: kampongshd@gmail.com.


Dikemaskini : 02/ 12/ 2019





Tiada ulasan:

Catat Ulasan