HALAMAN SANTAI

PAKEJ JOM BELI BELAH




PAKEJ JOM BELI BELAH
 ( Dilancarkan mulai 01 Oktober 2012 )



1. PENGENALAN:

' PAKEJ JOM BELI BELAH ' adalah pakej sehari ( tanpa menginap ) yang menawarkan lawatan serta peluang membeli belah ke beberapa Industri Kecil Sederhana ( IKS) / bengkel pembuatan makanan yang ada di Daerah Sabak Bernam, selain  untuk membeli belah kain ela / pakaian atau barangan cenderamata lain di Pekan Sungai Besar.


2. IKS / BENGKEL MAKANAN YANG DILAWATI (*) :

2.1. Kerepek pisang/ ubi dan sukun.
2.2. Kuih bahulu.
2.3. Pelbagai jenis biskut. 
2.4. Rempeyek
2.5. Kuih Sepit.
2.6. Kuih bangkit
2.7. Nata De Coco.
2.8. Barangan berasaskan minyak kelapa dara.
2.9. Kulit lembu ( proses ).
2.10. Tapai ubi dan pulut. 
2.11. Keropok lekor.


(*) . Tempat lawatan di atas menerima pindaan mengikut keadaan masa dan keperluan atau atas permintaan  pelawat.. 



3. BAYARAN PAKEJ:

3.1. Orang dewasa dan pelajar IPT:  RM 20.00 seorang.
3.2. Murid sekolah rendah dan menengah : RM 15.00 seorang
  (*) - Minima bagi satu kumpulan pelawat ialah 25 orang dan maksima 80 orang .


4. MAKAN MINUM DAN KENDERAAN :

Pihak HOMESTAY JKKK tidak menyediakan makan minum  dan kenderaan semasa melawat IKS/ bengkel membuat makanan tersebut. Semua yang dinyatakan adalah tanggungan pihak pelawat sendiri.

Walau bagaimanapun Insya Allah air minuman semasa dalam perjalanan akan disediakan dan pelawat akan di bawa ke kedai makanan yang bersesuaian di Pekan Sungai Besar untuk makan tengah hari ( bayaran tanggungan sendiri ) .

ATAU:

Pelawat boleh membuat tempahan minum pagi ( semasa baru sampai ) dan makan tengah hari ( Nasi Ambeng dan minuman sejuk ) dari Homestay JKKK dengan harga RM10.00 seorang peserta. Tempahan perlu dibuat awal kepada Penyelia Homestay JKKK di talian 019-9114470 ( Ustaz Haji Ab.Jalil ).  


5. HARI LAWATAN:

Pelawat bebas memilih hari membuat  lawatan sama ada pada hari cuti hujung minggu ( Sabtu / Ahad ) atau pada hari-hari bekerja - KECUALI hari Jumaat tidak ada perkhidmatan untuk lawatan.

6. JADUAL LAWATAN ( CADANGAN )

(*)  Jam 10.00 pagi ( Dijangka pelawat boleh sampai ke HOMESTAY JKKK ):

- Melawat perusahaan pelbagai jenis kerepek .
- Melawat perusahaan keropok lekor
- Melawat perusahaan proses kulit lembu .
- Melawat perusahaan kuih trasisional ( bahulu, kuih bangkit, kuih sepit dll ) .
- Melawat perusahaan membuat tapai ubi / pulut.
- Melawat perusahaan Nata De Coco dan minyak kelapa dara.

Jam 1.00 hingga jam 2.30 petang:

- Solat Zohor di Masjid Makmuriah.
- Makan tengah hari di Pekan Sungai Besar.

Jam 2.30 petang:

- Melawat pusat jualan - Desaku/ Bio Asli ( Makanan Kesihatan dan alat kosmetik )
- Melawat perusahaan kuih muih frozen ( sejuk/ beku )

Jam 5.30 petang:

Membeli belah kain ela / pakaian dan barangan cenderamata di Pekan Sungai Besar 

ATAU

Membeli belah hasil kampung dan makanan di Pasar Petang Sungai Haji Dorani.

Jam 6.30 petang:

Pelawat bertolak pulang ......

(*) Aturcara lawatan dicatatkan di atas menerima pindaan mengikut permintaan pelawat dan kerana kesesuaian / keperluan masa
 



6. PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN TARIKH LAWATAN :

Tempahan untuk lawatan sekurang-kurangnya dilakukan  (2) minggu sebelum tarikh lawatan dan pertanyaan sila hubungi PENYELIA HOMESTAY JKKK : 019-911 4470  ( Ustaz Haji Ab.Jalil ) atau melalui email :  kampongshd@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan