HALAMAN SANTAI

FOTO RIANG RIA PELAWAT (2)


FOTO RIANG RIA 
PELAWAT (2)



Nak cuba Minyak Kelapa Dara ni kat tangan dulu....Boleh jadi halus tak ?.


Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datin Paduka Zauyah
 dan suami turut tertarik dengan perusahaan Nata De Coco,
semasa membuat lawatan ke Homestay JKKK


Penuntut Kolej Komuniti  , Kulim bergambar kenangan di Mini Muzium Wak Surgi.


Bila datang melawat Homestay JKKK memang tak lepas peluang 
untuk mengambil gambar kenangan sebelum pulang.



Ikan keli masak kencur ni sedap ke ?. Belum pernah rasa lagi kat tempat kami.....


Bila dah masak rempeyek ni, bolehlah rasa sorang sekeping kot....
Lepas tu kalau nak beli, tak jadi hal !.


Encik Masduki, tuan punya kilang Nata De Coco menerangkan satu
produk baru keluarannya iaitu Minyak Kelapa Dara kepada pelawat.


Semua murid ni tak sabar-sabar nak cari anak ikan di sawah
untuk dibawa pulang ke Ceras, Selangor !.


Murid ni nak cuba sendiri cara goreng kuih loyang. Tapi....macam
takut-takut jer,  kot-kot kena minyak panas pulak !..


Cikgu ni nak cuba gak goreng rempeyek....Takkan murid jer
yang boleh cuba sendiri kan ?.


Macam-macam gaya bila dengar taklimat . Ada yang senyum,
ada yang serius dan ada yang macam biasa-biasa jer.....

Pelajar UNISEL ni bukan main ' khusyu' membaca risalah
penerangan Homestay JKKK , sebelum diberikan taklimat lawatan.

Seorang pembantu bengkel kerepek sedang memberi penerangan
kepada pelawat yang kelihatan begitu minat mendengarnya.

 He he he....apa hal pun kita rasa dulu kerepek buah sukun ni.
Kalau sedap, kita boleh borong !....

Sebelum berangkat pulang ke UNISEL , pelajar dan ketua lawatan
bergambar kenangan dulu di Balai Raya Comel.
 Lain kali boleh datang lagi !


He he he ...Tak berani berjalan ikut palung sawah, kenalah jalan
ikut batas jer !


Seronok pulak main air kat parit !.

Dah letih berjalan malam kat sawah , sekarang masa
buat persiapan nak bakar kerang pulak .....Yahooooo !

Ketua rombongan memberi ucapan dalam majlis perpisahan
lawatan HOMESTAY JKKK. Bila-bila ada kelapangan masa
sila datang lagi ye cikgu !

 Datang melawat ke bengkel ukiran kayu. Nak tenguk macam
mana kerja-kerja ukiran dilakukan.

Bila melawat kilang Nata De Coco , tak beli  buah tangan
untuk keluarga macam tak sah pulak lawatan !

Ambil kesempatan main buai semasa melawat rumah tradisional
sempena lawatan ke HOMESTAY JKKK.

Bergambar kenangan di muka tangga rumah tradisional -
Johan Rumah Tradisonal Daerah Sabak Bernam tahun 2011.

Bergambar kenangan di hadapan rumah tuan punya
bengkel kerepek pisang di Pekan Selasa, Sungai Haji Dorani.

Memerhati anak-anak ikan bermain semasa melawat
 Pantai Tebok Rasidin.

Wow ! Seronoknya kat sini !. Dapat tenguk anak ikan,
angin laut pun dapat rasa.....

Ini kali pertama makan nasi ambeng !.....Menu makan tengah
hari yang' wajib ' bila datang ke Homestay JKKK.

Padi dah siap di mesin dan tanah kering bolehlah korang
jalan-jalan kat sawah. Kalau musim bersawah dah mula,
 terbenam kaki kat lumpur !

 Aduh penat, rehat dulu !......Letih ikut aktiviti ' kembara malam  '.
Seronok gak jalan malam kat sawah ramai-ramai.....

Kami mai UiTM Permatang Pauh. Nak trai buat kari pap mini
pulak. Kalu dah pandai boleh bukak bisnes. He he he...

Penuntut UPSI Tanjong Malim sedang mengikuti taklimat,
untuk kajian kebudayaan dan adat resam kaum Jawa.

Tak puas kalau tak belek-belek barang lama di Mini Muzium
Wak Surgi di Taman Setia Jaya, Sungai Besar, sempena lawatan
ke Homestay JKKK Sungai Haji Dorani.

  Catat buku lawatan Homestay JKKK Sungai Haji Dorani.
Tanda kenangan kami dah pernah datang ke sini !.....

Pensyarah UiTM Permatang Pauh dan para penuntut sedang
mendengar taklimat IKS Nata De Coco sempena lawatan
ke Homestay JKKK.

Berjalan di atas ' palung ' sawah semasa melawat Mini Estet
Padi di Kampong Sungai Haji Dorani.

Bergambar kenangan dengan pengusaha kerepek pisang,
Haji Zakaria Gibin,  di Kampong Sungai Haji Dorani.