HALAMAN SANTAI

PAKEJ MEMANCING UDANG/ IKAN SUNGAI.




PAKEJ MEMANCING UDANG/
 IKAN SUNGAI
( DILANCARKAN MULAI 01 JUN 2012 ) 



LOKASI MEMANCING  : Hulu Sungai Bernam kawasan Blok 9 Kampung Belia (2) Sungai Panjang.

JENIS TANGKAPAN : Udang, ikan baung, ikan lais, ikan tapah dan berbagai jenis ikan sungai yang lain.

KEMUDAHAN SEDIA ADA UNTUK PEMANCING:

1. Pondok transit untuk berehat solat dan memasak makanan .
2. Sampan bermotor muatan antara (2) hingga (4 ) orang
3. Umpan memancing / umpun-umpun.
4. Kedai makan ada berhampiran lokasi memancing.

BAYARAN PAKEJ:  


RM 200 untuk sebuah sampan dengan kemudahan diberi seperti dicatat di bawah:

1. Sebuah sampan muatan antara (2 ) hingga (4) orang - pandu sendiri.
2. Sebuah motor bot sangkut dan minyak petrol secukupnya.
3. Penyediaan umpun-umpun ( asas ).


PERHATIAN : 


1. Salah seorang pemancing  dalam kumpulan perlu tahu mengendalikan motor bot dan keselamatan adalah tanggungjawab sendiri.
2. Peralatan joran memancing dan makan minum tidak disediakan.
3. Tempahan tarikh untuk memancing perlu dilakukan ( 2 ) minggu lebih awal dan pindaan tertaktuk kepada keadaan air pasang surut atau musim banjir.
4.  Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 50 , melalui  pembayaran akaun bank. Wang pendahuluan akan dilupus jika dilakukan pembatalan tempahan.



FOTO LOKASI MEMANCING


 
Simpang masuk ke lokasi memancing Hulu Sungai Bernam
dari jalan besar Sungai Besar  - Tanjung Malim.


Tanda jalan masuk ke lokasi , Jalan Blok 9 Kampung Belia (2).


Jalan  masuk ke lokasi memancing boleh dilalui kenderaan 
kereta atau kenderaan pacuan empat roda.


Pada hari Sabtu dan Ahad serta hari cuti kerja ramai pemancing
datang memancing di Hulu Sungai Bernam di lokasi ini.



Pondok transit untuk pemancing berehat.


Inilah pangkalan sampan untuk memacing ketika air
 Sungai Bernam sedang mulai surut.



Kawasan pondok transit dipenuhi dengan tanaman kelapa
sawit dengan udara yang nyaman dan bersih.



Lokasi memancing dengan tumbuhan hutan menghijau di kanan
kiri Hulu Sungai Bernam.


Kelihatan dua buah sampan di pangkalan yang digunakan
untuk memancing udang dan berbagai jenis ikan sungai.



Kelihatan tiga orang pemancing baru berlepas dari pangkalan 
dengan menaiki sampan bermotor.....Selamat memancing !.