BILIK KEMBARA
( Akan dibuka dalam waktu terdekat )
HOMESTAY JKKK akan membuka pakej penginapan yang dikenali sebagai ' BILIK KEMBARA ' untuk kemudahan pelawat yang datang bersama keluarga , dengan mengenakan bayaran lebih murah berbanding sewa penginapan homestay biasa.
MAKLUMAT:
1. BILIK KEMBARA berada di kawasan kebun kelapa di tepi jalan besar (Lebuh Raya Baru Tanjong Karang - Sungai Besar) , berhampiran juga dengan kawasan sawah padi . Disediakan dua buah bilik dengan setiap bilik boleh menempatkan ( 6 ) orang dewasa selain kanak- kanak. Setiap bilik dilengkapi dengan kipas angin serta tilam, cadar, bantal dan selimut . Turut disediakan lapik tidur/ toto tambahan - jika perlu.
2. SEWA BILIK:
(a) Dewasa / Pelajar IPT /Pelajar Sekolah Menengah - RM 20 seorang- sehari semalam.
(b) Murid sekolah rendah - RM 15 seorang - sehari semalam .
(c) Murid tadika / kanak-kanak bersama ibu bapa - PERCUMA.
3. TEMPAHAN DAN DEPOSIT
Deposit untuk tempahan sebuah bilik RM 50 ( Dibayar melalui bank hubungi tel 019-911 4470 - Ab. Jalil ). Baki bayaran dijelaskan masa datang menginap.
Tempahan perlu dilakukan awal sekurang-kurangnya (7) hari sebelum menginap dengan menyatakan : NAMA PENUH dan JUMLAH PESERTA kepada talian 019-911 4470 ( Panggilan suara sahaja ).
BILIK KEMBARA BELUM MENERIMA TEMPAHAN. AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN
BalasPadam