TAK KENAL....
MAKA TAK CINTA !
1. LOKASI KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI:
Terletak dalam Mukim Panchang Bedena daerah Sabak Bernam, paling utara di Negeri Selangor Darul Ehsan.
2. HOMESTAY JKKK
HOMESTAY JKKK adalah sebuah badan pelancongan Kampong Sungai Haji Dorani yang mengurustadbir lawatan pelawat untuk meninjau kemajuan ekonomi, kebudayaan dan lainnya , melalui beberapa jenis pakej lawatan yang ditawarkan dari masa ke masa.
Alamat Pentadbiran Homestay JKKK:
A-152 , Batu 10 1/2 Jalan Raya,
( Berhadapan pam minyak PETRONAS )
Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor .
Telefon : 019-911 4470.
Faks : 03-3224 2398.
Email: kampongshd@gmail.com.
Website: http://homestayjkkk.blogspot.com/
Face Book :
https://www.facebook.com/pages/Homestay-JKKK-Sungai-Haji-Dorani/239934909426179
Bayaran wang melalui bank:
1. Akaun Bank Rakyat No. 22-006-317913-7 ( Atas nama : Homestay JKKK )
ATAU
2. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad ( BIMB) No.12056-02-0074475
( Atas nama : Ab.Jalil bin Ambot )
3. LATAR BELAKANG PENDUDUK DAN EKONOMI:
Majoriti penduduk Kampong Sungai Haji Dorani adalah bangsa Melayu dari suku kaum Jawa , Banjar, Melayu dan Kampar serta bangsa Tionghua dan India.
Pekerjaan penduduk majoriti bergantung kepada pertanian sawah padi, berkebun ( kelapa / kelapa sawit , sayur-sayuran dan tanaman mempelam/ mangga ), nelayan pantai , berniaga dan bekerja sebagai kaki tangan kerajaan / swasta. ( Maklumat lanjut boleh
DILIHAT DI SINI ).
4. PENGANGKUTAN UNTUK SAMPAI KE KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI:
Perjalanan ke Kampong Sungai Haji Dorani dari arah Selatan boleh melalui jalan utama Kuala Selangor - Sabak Bernam dengan kenderaan kereta, atau mengikut jalan pintas dari Lebuh Raya Utara - Selatan melalui Pekan Behrang, Tanjong Malim. Perjalanan dari arah Utara boleh melalui Bandar Teluk Intan atau Sitiawan melalui pekan Hutan Melintang , Perak (
SILA LIHAT PETA PERJALANAN DI SINI ).
5. KEMUDAHAN UNTUK PENGINAPAN:
HOMESTAY JKKK menyediakan penginapan rumah untuk pelawat berkumpulan sebanyak 11 buah rumah kampung , di lokasi Kampong Sungai Haji Dorani. Rumah-rumah tersebut berdekatan antara satu sama lain terletak di kawasan kebun kelapa dan sawah padi. Hampir semua rumah tersebut terletak di tepi jalan besar Kuala Selangor - Sabak Bernam.
HOMESTAY JKKK juga menyediakan penginapan sewa khas / transit rumah-rumah teres dan rumah kampung sekitar Pekan Sungai Besar, Kampong Sungai Lias, Kampong Tebuk Jawa, Ladang Air Manis , Pekan Sekinchan dan Pekan Tanjong Karang.
6. KEMUDAHAN UNTUK AKTIVITI:
6.1. Dewan / balairaya dengan muatan sekitar 100 orang.
6.2. Peralatan dewan kerusi meja, PA Sistem dan LCD / skrin.
6.3. Padang permaianan untuk acara sukaneka.
6.4. Peralatan untuk acara sukaneka.
6.5. Peralatan untuk aktiviti berakit, bersampan , memancing ikan dll.
7. KEBUDAYAAN TRADISIONAL PENDUDUK:
Di Kampong Sungai Haji Dorani kebudayaan tradisional penduduk ialah permainan kompang, silat, marhaban / cukur rambut bayi, bacaan Yasin dan tahlil serta pengajian agama / ceramah.
8. AKTIVITI PAKEJ HOMESTAY JKKK
Aktiviti melalui HOMESTAY JKKK ialah:
- Memancing belut dan ikan di sawah , kolam ikan , sungai dan laut dalam.
- Mengancau ikan di parit sawah.
- Mencari kerang dan remis di pantai.
- Bermain layang-layang .
- Menaiki sampan dan rakit.
- Membeli belah hasil kilang IKS ( Jom shoping ) dan Pasar Petang Sungai Haji Dorani.
- Jejak usahawan - Belajar membuat mee basah atau sos cili.
- Lawatan kilang IKS kuih bahulu, rempeyek, kuih bangkit, kerepek, tapai dan nata de coco.
- Lawatan am dan tempat sejarah ( Lihat senarai tempat lawatan disenaraikan di bawah )
9. BIDANG UNTUK KAJIAN DAN AKTIVITI AM:
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Jawa.
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Banjar.
- Adat resam dan kebudayaan suku kaum Kampar.
- Perusahaan IKS ( Bahulu, kerepek, nata de coco dan kuih tradisional lainnya )
- Lokasi untuk penggambaran drama / filem ( Kawasan sawah padi, pasar petang , perusahaan IKS , pantai / nelayan dan rumah kampung )
(*) Lain-lain maklumat sila lihat di bahagian tertentu dalam halaman ini