HALAMAN SANTAI

PETA PERJALANAN KE HOMESTAY JKKK

PETA PERJALANAN
KE HOMESTAY JKKK

RISALAH HOMESTAY ( HALAMAN LUAR )

RISALAH HOMESTAY ( HALAMAN DALAM )

PANDUAN JALAN KE HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI


Tiga jalan boleh dilalui untuk ke Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor dengan menggunakan kenderaan bas /  kereta. Jalan pertama, melalui Pekan Tanjong Karang. Jalan kedua melalui Pekan Behrang, Perak dan jalan ketiga melalui Pekan Simpang (4) Hutang Melintang, Perak.

1. JALAN PERTAMA ( MELALUI PEKAN TANJONG KARANG ) :
Jarak 32.6 km - 27 minit

Pelawat dari Kuala Lumpur, Putra Jaya, Petaling Jaya atau Klang dan lain-lain tempat , perlu terus ke Bandar Kuala Selangor , kemudian ke Pekan Tanjong Karang. Perjalanan dari Pekan Tanjong Karang memakan masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke Kampong Sungai Haji Dorani.

Tempat-tempat yang akan dilalui dari Pekan Tanjong Karang ialah : Sungai Sireh, Sungai Burung, Pekan Sekinchan, Pekan Pasir Panjang, Pekan Sungai Nibong, Pekan Simpang Lima dan terus ke Pekan Sungai Haji Dorani di mana terletaknya pusat transit Homestay JKKK . Jarak perjalanan 32.6 kilometer dengan masa kira-kira 27 minit.

2. JALAN KEDUA ( MELALUI PEKAN BEHRANG , PERAK ) :
Jarak 71.8 km - 1 Jam 21 minit.

Pelawat dari Kuala Lumpur, Kuantan atau lain-lain melalui Lebuhraya KL – Ipoh , terus masuk ke Pekan Behrang melalui Kampong Sungai Selisik, Kampong Gesir Ulu, Seri Keledang, Kampong Belia (2), Kampong Binjai Jaya, Kampung Parit 13 Sungai Panjang dan Kampong Simpang (3) Loji Sungai Limau - Sampai lampu isyarat di situ terus belok kiri , Kampong Tebok Marso dan terus ke Pekan Sungai Haji Dorani ke pusat transit Homestay JKKK . Perjalanan dari Pekan Behrang ke Pekan Sungai Haji Dorani kira-kira 71.8 kilometer dengan masa perjalanan sekitar satu jam 21 minit.

3. JALAN KETIGA ( MELALUI PEKAN SIMPANG (4) HUTAN MELINTANG, PERAK )
Jarak 36.4 km - 34 minit

Pelawat dari Teluk Intan, Bagan Datoh, Sitiawan dan lain-lain tempat di utara, terus ke Pekan Simpang (4) Hutan Melintang. Perjalanan akan melalui Ladang Unitata dan menyeberang jambatan Sungai Bernam . Anda akan melalui Kampong Bagan Nira dan sampai ke simpang empat lampu isyarat Kampong Batu (2) Sapintas. Anda perlu jalan terus dan tidak masuk ke Pekan Sabak. Perjalanan akan melalui Kampong Batu 2 Tebuk Pulai, Kampong Tebuk Pulai, Kampong Panchang Bedena dan sampai ke lampu isyarat Pekan Sungai Besar. Di situ anda perlu memandu terus tanpa masuk ke Pekan Sungai Besar ( Makluman : Di jalan besar Pekan Sungai Besar ada terdapat beberapa lampu isyarat )

Dari lampu isyarat persimpangn Pekan Sungai Besar akan dilalui Kampong Sungai Limau, Kampong Tebok Marso dan seterusnya sampai ke Pekan Sungai Haji Dorani di pusat transit Homestay JKKK. Jarak perjalanan dari Pekan Simpang (4) Hutan Melintang ke Pekan Sungai Haji Dorani, kira-kira 36.4 kilometer dengan masa hampir 34 minit.

BANTUAN JIKA TERSESAT JALAN :

Jika tersesat jalan menuju Pekan Sungai Haji Dorani dari arah jalan-jalan dinyatakan di atas, SILA HUBUNGI TERUS Talian Khidmat Homestay JKKK telefon : 019-9114470 dan nyatakan di kawasan pekan / kampong mana anda sedang berada waktu itu . Anda akan di pandu arah mengikut jalan yang betul untuk sampai ke Pekan Sungai Haji Dorani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan