HALAMAN SANTAI

KENALI KAMI


KENALI HOMESTAY JKKK
KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI





MATLAMAT PENUBUHAN HOMESTAY JKKK


1. Mendedahkan kejayaan dan keunikan Kampong Sungai Haji Dorani kepada para pelawat dari dalam dan luar negara.

2. Memberi kerjasama dan perkhidmatan diperlukan kepada para penyelidik / pengkaji akademik kolej dan IPT dalam kajian berbagai bidang diperlukan, seperti penduduk, ekonomi dan latar belakang kampung ini.

2. Memberi peluang sumber pendapatan tambahan kepada penduduk yang terlibat dalam program ini.

3. Meluaskan pasaran dan menambah pendapatan pengusaha-pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) kampung ini.

4. Memberi peluang kepada anak-anak penduduk yang telah berjaya dalam berbagai bidang serta bekerja diluar kawasan kampung , memberi pandangan dan fikiran serta kerjasama bagi memajukan kampung mereka.

5. Mengeratkan kerjasama sesama penduduk dan semua badan / pertubuhan NGO yang wujud di kampung ini.

6. Melahirkan rasa kasih sayang dan cinta kepada kampung serta keluarga bagi mereka yang menetap dan tinggal di luar kawasan.


7. Mempamer dan mengekalkan seni budaya atau adat resam penduduk berunsurkan keagamaan, melalui aktiviti persembahan dirancang kepada para pelawat Homestay JKKK.

8. Mewujudkan persepahaman dan perpaduan berbilang kaum.





LATAR BELAKANG KAMPONG
SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR.


1. Kampong Sungai Haji Dorani merupakan kampung tradisi yang unik di buka kira-kira dalam tahun 2016. Penduduknya berbilang kaum iaitu: Melayu, Cina dan India. Pekerjaan penduduknya juga berbagai , seperti petani, pesawah padi, nelayan, peniaga dan pengusaha pembuatan makanan (IKS) . Selain itu, ada berbagai kebudayaan penduduk wujud di kampung ini.

2. Kampong Sungai Haji Dorani pernah memenangi johan Pertandingan Kampung Terbaik peringkat Daerah Sabak Bernam dan johan peringkat Negeri Selangor . Persatuan belianya juga pernah menyandang tempat johan Pertandaingan Kurnia Belia Jaya (KBJ) peringkat Daerah Sabak Bernan dan johan Pertandingan Kurnia Belia Jaya (KBJ) peringkat Negeri Selangor selain pernah menyandang tempat naib johan Pertandingan Kurnia Belia Jaya (KBJ) peringkat Kebangsaan ( Malaysia ) . 

Pada tahun 2016, setelah genap 100 tahun kampung ini diteroka, Kampung Sungai Haji Dorani berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik, Daerah Sabak Bernam dan merangkul hadiah wang tunai RM 10,000.

3. Dari segi kejayaan akademik / pekerjaan penduduk, ramai kalangan anak-anak penduduk Kampong Sungai Haji Dorani telah berjaya dalam pelajaran di peringkat tinggi dan menyandang berbagai jawatan kerajaan dan swasta . Di antara anak penduduk, terdapat mereka yang menjadi ahli politik dan menjadi Ahli Parlimen, penghulu, doktor, peguam, hakim , pensyarah IPTA / IPTS, pegawai polis, pegawai tentera dan menjadi ahli perniagaan berjaya . Manakala jawatan yang paling banyak disandang ialah sebagai pendidik / guru di sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan agama.

4. Semua kejayaan dan keunikan Kampong Sungai Haji Dorani yang dinyatakan, telah dapat ditonjolkan serta menarik minat kepada para pelawat dari dalam dan luar negara mengetahui lebih dekat melalui program ‘ Homestay JKKK ‘ ( Penginapan Desa ) yang diwujudkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampong Sungai Haji Dorani.




ADAT DAN BUDAYA
KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI




Kampong Sungai Haji Dorani merupakan kampung tradisional di mana penduduknya masih berpegang teguh kepada adat budaya dan ajaran agama masing-masing. Sungguhpun demikian, penduduknya tidaklah terjumlah dalam golongan ' kolot ' dan tidak dapat menerima kedatangan pelawat dari luar yang mempunyai adat budaya tersendiri.

Demi menjaga hubungan baik dan keselesaan kedua belah pihak sepanjang lawatan dan bersama ' keluarga angkat ' maka di bawah ini dicatatkan secara ringkas adat dan budaya penduduk Kampong Sungai Haji Dorani untuk perhatian dan tindakan para pelawat sekalian :

1. Pelawat BERAGAMA ISLAM digalakkan memberi salam kepada penduduk seagama atau keluarga angkat.

2. SEMUA PELAWAT digalakkan berjabat tangan hanya sesama jantina sahaja. Contoh: lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Menjadi satu PANTANG jika lelaki berjabat tangan dengan wanita ataupun sebaliknya !.

3. SEMUA PELAWAT dilarang membawa barangan dilarang menurut undang-undang negara seperti senjata, dadah dan seumpamanya, termasuk sebarang jenis minuman keras ke rumah keluarga angkat dan sepanjang lawatan.

4. SEMUA PELAWAT hendaklah menghormati ibadat semua penduduk berbilang kaum Kampong Sungai Haji Dorani dan tidak menimbulkan sebarang gangguan ke atas mereka semasa melakukan ibadat masing-masing.

5. SEMUA PELAWAT WANITA diharap tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan badan ( seksi ) sepanjang waktu lawatan dan ketika berada di rumah keluarga angkat masing-masing.

6. SEMUA PELAWAT hendaklah berbudi bahasa yang baik dengan semua pihak sepanjang lawatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan