1- PAKEJ REKREASI DI PANTAI
( MULA DILANCARKAN 20 JUN 2012 )
MAKLUMAT PAKEJ
PAKEJ REKREASI DI PANTAI ialah satu pakej lawatan untuk keluarga atau kumpulan ramai bagi menimba pengalaman cara-cara mengutip kerang dan remis di Pantai Sungai Haji Dorani. Pakej ini turut memberi peluang kepada para pelawat membuat aktiviti lain seperti membakar kerang sambil berehat dan lainnya.
Cara pakej ini dilaksanakan amat bergantung rapat dengan keadaan pasang surut laut . Kerana itu, setiap mereka yang bercadang menyertainya perlu membuat tempahan awal, supaya dapat disesuaikan dengan keadaan laut semasa.
LOKASI
Lokasi dicadangkan untuk pakej ini ialah di kawasan pangkalan nelayan / muara Sungai Haji Dorani atau di Pantai Tebuk Rasidin. Kedua-dua lokasi tersebut sesuai untuk aktiviti mengutip kerang dan remis, di samping jalan perubunngan/ kenderaan boleh terus sampai hingga ke tepi pantai.
BAYARAN DAN PERALATAN.
Bayaran untuk satu kumpulan 10 orang ( minima ) ialah RM 120. Bagi kumpulan ramai melebihi 10 orang bayaran boleh dirunding untuk pengurangan.
HOMESTAY JKKK akan menyediakan seorang atau dua orang pemandu bagi memberitahu cara-cara mengutip kerang dan remis. Mereka juga akan serta turut bersama pelawat sepanjang aktiviti dan menyediakan peralatan diperlukan.
KESELAMATAN
Keselamatan para pelawat adalah tanggungjawah sendiri. Walaupun demikian, pihak HOMESTAY JKKK dan pemandu akan sentiasa memantau dan mengawasi pelawat dalam keadaaan selamat dari kejadian tidak diingini.
MAKAN MINUM PELAWAT
Makanan dan minuman sepanjang pelawat mengikuti pakej ini tidak disediakan oleh HOMESTAY JKKK. Kerana itu pelawat perlu membawa makanan dan minuman sendiri termasuk ' pakaian basahan ' , kasut sarung bertali dan topi untuk melindungi dari cuaca panas.
Kanak-kanak paling gembira dapat bermain dipantai
sambil mencari remis.
Haaaaaa !. Baru sekejap mencari remis dan pun dapat segenggam.
PAKEJ REKREASI DI LAUT dilancarkan bertujuan memberi peluang kepada pelawat menimba pengalaman belayar di laut di samping memerhati daratan / pantai dari arah laut dengan menaiki sampan bermotor. Perjalanan pergi balik dari Pantai Sungai Nibong menuju Pantai Sungai Haji Dorani dan Pantai Sungai Besar memakan masa perjalanan sekitar dua jam.
HALAMAN FOTO
Mengutp kerang di pangkalan nelayan Sungai Haji Dorani.
Kalau geli terjun ke lumpur, boleh korek-korek pasir dipantai
saja ....jom.cari remis dan biji nangka !
Kanak-kanak paling gembira dapat bermain dipantai
sambil mencari remis.
2- PAKEJ REKREASI DI LAUT
MAKLUMAT PAKEJ
BAYARAN DAN KEMUDAHAN
Masa : Sebelah pagi ( Mengikut kesesuaian cuaca )
Bayaran : RM 30 seorang peserta.
Penyertaan : Maksima muatan (6) orang sebuah sampan.
Kemudahan: Tekung sampan akan turut serta dalam perjalanan.
Keselamatan : Tanggungjawab individu pelawat. Walaupun demikian , tekung akan memastikan keselamatan sepanjang perjalanan tersebut.
Makan minum : Tidak disediakan. Pelawat perlu membawa makanan / minuman sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan