HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Disember 2022

PERTUKARAN NAMA

HOMESTAY KEMBARA


Mulai awal tahun 2023 HOMESTAY JKKK telah ditukar kepada nama baru dan dikenali sebagai "HOMESTAY KEMBARA  " . Ini berikutan pertukaran pihak pentadbiran lama iaitu  "Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK)  " kepada pihak individu.  Selain itu , pusat aktiviti dan beberapa  pakej ditawarkan juga turut diubahsuai

Walaupun demikian, HOMESTAY KEMBARA  tetap mengekalkan tahap perkhidmatan terbaik seperti penubuhannya pada tahun 2018 dahulu kepada semua pelawatnya.

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila telefon / whatsapp talian di bawah:-

019-911 4470  Haji Ab.Jalil  

                    (*) Jika talian sebuk sila hantar pertanyaan / tempahan melalui whatsapp

 

 

Jumaat, 24 Julai 2020

 
 HOMESTAY  KEMBARA NORMA BARU
 
Pembinaan sebuah ' jalan baru / lebuh raya ' melintasi Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar sekarang,  di samping ' musim PKP - covid 19 ' yang melanda negara kita , pihak pentadbiran HOMESTAY KEMBARA  telah mengambil tindakan dan melakukan beberapa perubahan sesuai dengan keadaan bagi mengatasi masalah dinyatakan.
 
Perubahan ' terpaksa ' diambil dari segi jenis aktiviti dan tempat lawatan sedia ada , supaya dapat berjalan lancar dan memuaskan hati  para pelawat. Namun  perubahan tidak melibatkan maklumat berkaitan dengan ' pakej rumah / homestay ' sedia ada.
 
Pentadbiran HOMESTAY KEMBARA telah ' meminda ' senarai pakej lawatan yang baru dalam blog ini mulai bulan MAC 2023 lalu.
 
MAKLUMAT
HOMESTAY KEMBARA
SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR, 
SELANGOR


1. ALAMAT PENTADBIRAN HOMESTAY:

A-152 BATU 10 1/2 ( DEPAN PETRONAS )  SUNGAI HAJI DORANI, 

45300 SUNGAI BESAR,    SELANGOR DARUL EHSAN.


2. ALAMAT PERHUBUNGAN:

 1. Telefon / SMS / W/sapp : 019-911 4470 ( Penyelia - Haji Ab.Jalil )     
    
2. AKAUN BANK:  ( SILA HUBUNGI TALIAN :  019-911 4470  -  untuk pemberitahuan)
 
 

Ahad, 1 Disember 2019

JENIS PAKEJ:

PAKEJ HOMESTAY KEMBARA
SESUAI UNTUK ANDA:


Berikut adalah pakej disediakan oleh HOMESTAY KEMBARA yang sesuai untuk anda:

1. PRA SEKOLAH / TADIKA:
  - Pakej aktviti setempat ( Separuh hari ).
  - Pakej lawatan sehari.

2. SEKOLAH RENDAH:
  - Pakej aktiviti setempat ( Separuh hari ).
  - Pakej lawatan sehari.

3.SEKOLAH MENENGAH / KOLEJ / IPT:
 - Pakej aktiviti setempat ( Separuh hari ).
 - Pakej lawatan sehari / Separuh hari .
 - Pakej kajian akademik.

4. PESERTA UMUM:
  - Pakej lawatan sehari / separuh hari .
  - Pakej Kajian akademik.
  - Pakej aktiviti keluarga.

PERHATIAN:
 
Semua pertanyaan bagi pakej sesuai dengan anda boleh hubungi terus talian atau whatsapp 
 019-911 4470

1.PAKEJ AKTIVITI SETEMPAT
 ( * ) Pakej setengah hari - Kanak-kanak RM 15. Dewasa RM 20 ) 
 
 
MAKLUMAT PAKEJ: 
Pakej ini terbuka kepada umum dan juga mereka yang telah menginap di rumah Homestay KEMBARA atau di rumah homestay lain sekitar Kampong Sungai Haji Dorani.
 
BAYARAN  PAKEJ:
- Kanak-kanak / Murid sekolah : RM 15.00 seorang.
- Ibu bapa / Guru : RM 20.00 seorang 
 
MAKLUMAT AKTIVITI:
- Aktiviti sukaneka dilakukan di LAMAN KEMBARA SUNGAI HAJI DORANI.
- Masa aktiviti : ( a} - Jam 10.00 pagi - jam 12.00 t.hari . ( b ) - Jam 3.00 petang - 5.00 petang
- Jenis-jenis aktiviti : Sukaneka , memancing ikan, naik gerabak melawat kampung, melawat perusahaan 
  bahulu, Nata De Coco , membeli belah di pusat jualan kerepek dan melawat sawah / kilang padi beras    
  wangi. ( Aktiviti tertakluk kepada keadaan masa )
- Minuman disediakan semasa aktiviti.
 
(* ) . Tempahan perlu dilakukan awal untuk temu janji melalui telefon / whatsapp no 019-911 4470.
 - Sebelum memulakan aktiviti perlu berjumpa dengan Penyelia HOMESTAY KEMBARA di lokasi :
   A-152 Batu 10 1/2 ( Seberang Petronas Sungai Haji Dorani ) untuk dibawa ke pusat aktiviti.
 - Bayaran pakej perlu dijelaskan kepada PENYELIA ( HAJI AB.JALIL )
 
  2. PAKEJ LAWATAN SEHARI
( Tanpa menginap - Murid RM 60.00 / Guru RM 30.00 ) 


MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ LAWATAN SEHARI terbuka kepada kalangan murid sekolah TADIKA, Sekolah rendah dan menengah serta Kolej / IPT . Minima penyertaan ialah 25 orang dan maksima 80 orang.

BAYARAN PAKEJ:

- Murid sekolah : RM 60.00 seorang.
- Guru / Pensyarah : RM 30.00 seorang  ( Terhad untuk 3 orang sahaja ).
- Potongan harga ( diskaun ) akan diberi kepada murid TADIKA dan murid OKU sahaja.
- Pemandu bas: Percuma makan minum.
- Diperlukan wang pendahuluan sebanyak RM 100.00 dan baki bayaran dijelaskan 
  pada hari lawatan.

ATURCARA :

Jam 10.00 pagi ( Dijangka pelawat boleh sampai ke HOMESTAY KEMBARA ):
 
- Taklimat HOMESTAY KEMBARA / dialog hal ehwal kampung.
- Minum pagi ' Selamat Datang ' .
- Aktiviti  : Sukaneka, melawat kampung/ Pantai Sungai Haji Dorani naik gerabak dan memancing ikan di parit kampung ( Tertakluk kepada keadaan masa )

Jam 1.00 petang:
 
- Makan tengah hari di HOMESTAY KEMBARA
- Melawat dan membeli belah perusahaan bahulu dan Nata De Coco, melawat Kilang Padi Beras Wangi,    melawat dan taklimat sawah padi , membeli belah perusahaan pelbagai kerepek/ coco jar.

Jam 5.00 /  6.00 oetang:

- Lawatan tamat.- ( Solat Jamak Takhir - Zohor dan Asar di Surau Simpang 4 Sungai Haji Dorani  ATAU Masjid  Makmuniah, Sungai Nipah ).  
 
 
 

3. PAKEJ AKTIVITI KELUARGA
( ( Bayaran RM 20.00 seorang )


MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ AKTIVITI KELUARGA terbuka kepada kumpulan keluarga yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti disediakan oleh Homestay Kembara ,seperti sukaneka, naik gerabak melawat kampung dan memancing ikan di parit kampung.

BAYARAN PAKEJ:

- Bayaran penyertaan: RM 20.00 seorang.
- Kanak-kanak berumur (4) tahun ke bawah adalah percuma.
- Aktiviti-aktiviti akan dikendalikan oleh petugas Homestay Kembara.

ATURCARA :

- Aktiviti boleh dilakukan pada sebelah pagi ( Jam 9.00 hingga 12.00 pagi ) atau sebelah 
  petang ( Jam 3.00 hingga jam 6.00 petang ).
- Tempahan perlu dilakukan (3) hari sebelum aktiviti dan bayaran dijelaskan pada hari aktiviti dilakukan,
- Minuman semasa aktiviti disediakan.

Pertanyaan dan tempahan sila hubungi talian 019-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) atau talian 011-2150 9958 ( Shahrul )
 
4. PAKEJ KAJIAN AKADEMIK
( Untuk penuntut kolej / IPT )



MAKLUMAT PAKEJ:

PAKEJ KAJIAN AKADEMIK adalah pakej yang memberi kemudahan kepada penuntut Kolej / IPT membuat kajian beberapa perkara berkaitan Kampong Sungai Haji Dorani. Seperti kajian berhubung kebudayaan suku kaum Banjar, Melayu, Jawa dan juga kajian tentang ekonomi penduduk , Industri Kecil Sederhana (IKS) dan Homestay Kembara.

KEMUDAHAN PENGINAPAN:

Penuntut yang memerlukan rumah penginapan semasa membuat kajiannya boleh menyewa Homestay  Kembara dengan kadar bayaran tertentu - Bayaran asing dari bayaran pakej. Walaupun begitu, perkhidmatan makan minum tidak disediakan. Namun, kedai-kedai makan ada berhampiran dengan rumah penginapan tersebut.

BAYARAN PAKEJ:

- Bayaran RM 50,00 bagi satu kumpulan (5) orang.
- Kumpulan melebihi (5) orang dikenakan tambahan RM 5.00 setiap seorang peserta.

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN:

Sebarang pertanyaan dan tempahan tarikh membuat kajian sila hubungi Penyelia Homestay Kembara  di talian 019-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) .

PERHATIAN: Semua tempahan pakej perlu disahkan / dimuktamadkan semula selewat2nya ( 3 ) hari bekerja kepada Penyelia / Setiausaha Homestay JKKK melalui panggilan / SMS / w/shapp serta membuat wang pendahuluan seperti dipersetujui. Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan tempahan terbatal dengan sedirinya dan pihak Homestay JKKK tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan kemudiannya. Terima kasih. MAKLUMAT TAMBAHAN: 1. HOMESTAY JKKK menyediakan banyak rumah kampung dan rumah batu untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kumpulan ) dan ada yang berasingan. Penempatan pelawat lelaki dan perempuan dilakukan secara berasingan bagi pelawat pakej lawatan ( Kecuali penginapan keluarga / mahram ). 2. Pusat berhimpun / taklimat lawatan / makan / minum dan aktiviti dalaman pelawat akan berpusat di BALAI TAKLIMAT HOMESTAY JKKK, Sungai Haji Dorani . Manakala aktiviti luaran sepertti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing. 3. HOMESTAY JKKK juga menyediakan kemudahan padang permainan kepada pelawat yang ingin mengadakan acara sukaneka serta kemudahan dewan/ pentas jika diperlukan. Kemudahan lain turut disediakan ialah PA sistem, alat tayang LCD ( Akan dikenakan sedikit bayaran kerana penggunaannya ) UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :- 1. PENYELIA di talian O19-9114470 ( Haji Ab.Jalil ) / atau SETIAUSAHA di talain 011- 2150 9958 ( Shahrul ) 2. Email: kampongshd@gmail.com. Dikemaskini : 02/ 12/ 2019

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

PERHATIAN:

Semua tempahan pakej perlu disahkan / dimuktamadkan semula selewat2nya ( 3 ) hari bekerja kepada Penyelia / Setiausaha Homestay Kembara melalui panggilan /  w/shapp serta membuat wang pendahuluan seperti dipersetujui.

Kegagalan berbuat demikian, menyebabkan tempahan terbatal dengan sedirinya dan pihak Homestay Kembara tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan kemudiannya. Terima kasih.
   
1. HOMESTAY KEMBARA  Menyediakan banyak bilik / homestay biasa dan rumah kampung untuk penginapan pelawat yang datang bermalam bersama keluarga atau melalui pakej lawatan. Rumah-rumah tersebut ada yang berdekatan antara satu sama lain ( rumah kelompok ) dan ada yang berasingan. 
 
2. Pusat berhimpun / taklimat lawatan / makan  minum dan aktiviti dalaman pelawat akan berpusat di LAMAN HOMSTAY KEMBARA  , Sungai Haji Dorani .  Manakala aktiviti luaran sepertti BBQ untuk pelawat berkeluarga, di rumah penginapan masing-masing.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PENYELIA di talian O19-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) 



Rabu, 8 Ogos 2018

TEMPAT2 LAWATAN

LAWATAN / AKTIVITI
DALAM PERKHIDMATAN HOMESTAY KEMBARA
SUNGAI HAJI DORANI.


A. TEMPAT LAWATAN MENARIK DAN SESUAI:

- Perusahaan membuat pelbagai biskut.
- Mini Muzium Wak Surgi.
- Perusahaan makanan coklat.
- Perusahaan minyak kelapa dara.
- Perusahaan membuat kuih bahulu.
- Perusahaan Nata De Coco.
- Kilang padi beras wangi.
- Pantai Sungai Haji Dorani / Muara Sungai Haji Dorani 
- Pusat jualan kerepek.
- Muzium Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam.
- Masjid Jin,  Panchang Bedena.
-Tempat kelip-kelip Sungai Panjang ( Berbayar ).
- Pusat beli belah Pekan Sungai Besar. 
 
( * ) Tempat lawatan di atas pelawat boleh mendapatkan keterangan lanjut
apabila berkunjung ke Homestay Kembara.

B. JENIS AKTIVITI:

- Sukaneka
- Naik gerabak / motor melawat kampung.
- Memancing ikan .
- Membeli belah di Pasar Sungai Haji Dorani.

 PERHATIAN:


1. Lawatan dan aktiviti tersenarai di atas bergantung kepada pakej lawatan ditawarkan dan melalui perbincangan antara pelawat dan Homestay Kembara serta keadaan semasa lawatan / aktiviti diadakan. 

2. Sila dapatkan maklumat terkini lebih awal, di talian 019-911 4470 ( Haji Ab.Jalil ) untuk penjelasan terperinci berhubung perkara di atas.


Selasa, 9 Disember 2014

RUMAH HOMESTAY


RUMAH HOMESTAY JKKK


PERHATIAN / SYARAT:-

1. Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempuh  ( 7 ) hari sebelum tarikh menginap 
( kecuali dalam keadaan tertentu dan ada kekosongan ).

2. Tempahan hanya dianggap MUKTAMAD setelah membuat bayaran pendahuluan RM 50 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja ) bagi sebuah rumah homestay . Baki bayaran perlu dijelaskan secara tunai pada hari ketibaan .

3. Tempahan tanpa bayaran pendahuluan dianggap TIDAK MUKTAMAD dan tiada jaminan tempahan homestay tidak akan diberikan kepada pelawat yang lebih memerlukan. Wang pendahuluan akan dikira lupus sekiranya tempahan dibatal tanpa sebab munasabah atau pembatalan dilakukan kurang dari ( 3 ) hari.

4. Waktu masuk / ketibaan seawal jam 2.00 petang dan waktu keluar selewat-lewatnya jam 1.00 petang keesukan harinya (  Kecuali ada sebab-sebab tertentu ).

5. Pelawat bukan mahram / hubungan keluarga, tidak dibenarkan menduduki dalam sebuah rumah homestay. Jika keadaan meragukan, pengurusan homestay berhak membuat penyiasatan dan pengesahannya.

6. Pelawat homestay dilarang membawa senjata api, makanan / alkohol , melakukan perbuatan dilarang undang - undang agama atau negara. Segala akibat menyalahinya adalah tanggungjawab pelawat sendiri dan pihak homestay TIDAK TERLIBAT.

7. Pembatalan tempahan homestay perlu diberitahu ( 3 ) hari sebelum tarikh menginap. Gagal mematuhinya menyebabkan ' bayaran deposit ' boleh dilupuskan. Walaupun begitu atas pertimbangan pengurusan, pembatalan dibuat awal oleh pelanggan, mereka akan diberi ' pilihan ' untuk memilih tarikh baru dalam tempuh masa ( 6 ) bulan ke hadapan dan ' bayaran deposit ' dikekalkan. Selepas tarikh talatanbut, tempahan baru dan bayaran deposit adalah dibatalkan.. .

8. Pihak Homestay tidak menyediakan alatan keperluan peribadi seperti tuala mandi, sabun, berus gigi / ubat gigi dan lainnya kepada penyewa homestay semasa mereka tinggal di situ.

BANK PEMBAYARAN DEPOSIT RUMAH HOMESTAY DAN PAKEJ-PAKEJ LAIN :

RUMAH TRANSIT
( Dilancarkan mulai 15 /11 /2017 )

1.PENGENALAN:

RUMAH TRANSIT merupakan rumah batu atau rumah kampung yang diubahsuai menjadi rumah penginapan dengan muatan kira-kira 20 - 50 orang . Selain disediakan bilik tidur biasa dan berhawa dingin, rumah tersebut  mempunyai ruang tamu yang boleh digunakan sebagai ruang '  tidur terbuka '.
 ( Peralatan tambahan tidur ada disediakan ). Tempahan rumah  transit boleh menghubungi terus talian /  w/sapp : 019-911 4470 ( Penyelia )
 
2. SYARAT TEMPAHAN:

Tempahan rumah transit sebaiknya dibuat (2) minggu sebelum tarikh menginap ( dalam keadaan biasa ) dengan bayaran pendahuluan / deposit RM 100 melalui akaun bank ( sila telefon untuk mendapatkan maklumatr bank )
 
 RUMAH TRANSIT KUMPULAN (1)
 ( RUMAH USTAZ SIRAJ ) 

1. LOKASI : 
Kawasan kebun kelapa kariah Sungai Limau. Tepi jalan besar Sungai Besar - Sabak Bernam.

2. MUATAN PELAWAT
Maksima kira-kira 40 orang dewasa dan kanak-kanak ( Rumah bahagian atas dan 
bawah )

3. BILIK TIDUR : 
Bahagian atas (2) bilik - Sebuah berhawa dingin.
Bahagian bawah (2) bilik - Sebuah berhawa dingin. 

4. KEMUDAHAN LAIN:
Ruang dapur memasak dan peralatan TV, peti sejuk, mesin basuh. bilik air/ tandas bahagian atas dan bawah di dalam rumah, peralatan tidur tambahan , kawasan meletak kenderaan dan tempat BBQ.

5. KEMUDAHAN KEDAI MAKAN:
Kemudahan untuk kedai makan boleh pergi ke Pekan Sungai Besar dengan jarak kira-kira (2) km dan terdapat beberapa warung makan berhampiran jarak antara 100 meter hingga 500 meter.

6. PERKHIDMATAN MAKANAN MASAK:
Pelawat yang ingin pihak Homestay JKKK menyediakan makanan mereka, boleh membuat tempahan awal dengan kadar bayaran berikut:

A. Makan siang  / makan malam  RM 8.00 ( termasuk minuman ) seorang- Makanan kampung.
B. Sarapan pagi RM 6.00 ( termasuk minuman ) seorang - Nasi lemak.

7. BAYARAN RUMAH PENGINAPAN ( TRANSIT ) :
Bayaran sewa untuk sehari semalam  RM 400.00
 
8.WAKTU SEWAAN HOMESTAY :
Masuk jam 2.00 petang. Keluar jam 1.00 petang ( Kecuali sebab/ keadaan tertentu )

(*) Setiap tempahan homestay perlu membuat bayaran pendahulun ( deposit ) RM 100 ke dalam akaun Bank Islam no. 12056-02-0074475 ( Ab.Jalil ). Pertanyaan dan tempahan juga perlu disertakan nama penuh dan alamat ( bandar ) untuk tindakan rekod sewaan.

(* ). Kegagalan mematuhi syarat di atas berkemungkinan tempahan tidak dapat dilayan / terbatal sama sekali.

GAMBAR RUMAH
( Bangunan luar, ruang tamu atas/ bawah, bilik tidur dan ruang dapur )
 





RUMAH TRANSIT KUMPULAN (2)  
 ( RUMAH CIKGU GHAZALI )
 

 (*) Rumah ini sedang diubahsuai dan bayaran sewaan akan diberitahu kemudian

1. LOKASI : 
Kawasan sawah padi Kampung Parit (4) Jalan Baru ( Tepi jalan besar Sg.Besar -Tg.Malim )

2. MUATAN PELAWAT
Muatan keseluruhan bangunan atas dan bawah kira-kira 50 orang dewasa dan kanak-kanak. Rumah bahagian atas ada ( 2 ) bilik berhawa dingin, bahagian bawah  (2 ) bilik  ; satu bilik berhawa dingin dan satu bilik kipas sahaja. Terdapat juga ruang rumah yang besar di bahagian atas dan bawah yang boleh digunakan sebagai bilik ' tidur terbuka '

3. KEMUDAHAN LAIN:
Dapur memasak , peti sejuk, TV,   bilik air/ tandas di dalam dan diluar rumah, peralatan alas tidur dan bantal tambahan , kawasan meletak kenderaan kereta / bas dan tempat aktiviti BBQ ( arang tidak disediakan ).

4. KEMUDAHAN KEDAI MAKAN:
Kemudahan warung makan minum jarak kira-kira 30 meter , berhampiran jalan besar atau terus ke Pekan Sungai Besar kira-kira 4 km. 

5. KEMUDAHAN MEMANCING: 
Pelawat yang berminat untuk memancing boleh membawa pancing sendiri untuk memancing udang, ikan sungai dan ikan darat di parit besar hadapan rumah atau parit utama palung sawah.

6. PERKHIDMATAN MAKANAN MASAK:
Pelawat yang ingin pihak Homestay JKKK menyediakan makanan mereka, boleh membuat tempahan awal dengan kadar bayaran berikut:

A. Makan siang  / makan malam  RM 8.00 ( termasuk minuman ) seorang - Makanan kampung.
B.Sarapan pagi RM 6.00 ( termasuk minuman ) seorang - Nasi lemak.

7. BAYARAN RUMAH PENGINAPAN:
Bayaran untuk sehari semalam RM 400.00
 
8, WAKTU SEWAAN HOMESTAY :
Masuk jam 2.00 petang. Keluar jam 1.00 petang ( Kecuali sebab/ keadaan tertentu )
 
(*) Setiap tempahan homestay perlu membuat bayaran pendahulun ( deposit ) RM 100 ke dalam akaun Bank Islam no. 12056-02-0074475 ( Ab.Jalil ). Pertanyaan dan tempahan perlu disertakan nama penuh dan alamat ( bandar ) untuk tindakan segera.

GAMBAR RUMAH:
 ( Luar bangunan, ruang tamu, bilik tidur, dapur dan kawasan memancing )  
 
 
 

 



RUMAH TRANSIT KUMPULAN (3)  

 ( RUMAH CIKGU MANAF )

1. LOKASI:
Bangunan rumah batu ( sebuah ). Kawasan di kelilingi sawah padi Kampong Parit (4) Sungai Haji Dorani.

2. MUATAN PELAWAT
Ada tiga bilik tidur -  (2) bilik berhawa dingin dan (1) bilik kipas sahaja. Ada ruang tamu boleh dijadikan bilik tidur terbuka , keseluruhan muatan kira-kira 20 orang dewasa dan kanak-kanak.

4. KEMUDAHAN LAIN:
Dapur memasak , peti sejuk, TV,   mesin basuh , bilik air/ tandas , ruang rehat di beranda rumah dan peralatan alas tidur / bantal tambahan.

5. KEMUDAHAN KEDAI MAKAN:
Kemudahan warung untuk makan minum jarak kira-kira 0.5 km dan berhampiran Masjid Parit ( 4 ). Untuk membeli belah ke Pasar Sungai Haji Dorani Perdana jarak kira-kira 3 km.

6. KEMUDAHAN MEMANCING: 
Pelawat yang berminat hendak memancing boleh membawa pancing sendiri untuk memancing udang, ikan sungai dan ikan darat dalam parit besar ( terusan ) di hadapan rumah .

7. PERKHIDMATAN MAKANAN MASAK:
Pelawat yang ingin pihak Homestay JKKK menyediakan makanan mereka, boleh membuat tempahan awal dengan kadar bayaran berikut:

A. Makan siang  / makan malam:  RM 8.00 ( termasuk minuman ) seorang-  Makanan kampung
B.Sarapan pagi : RM 6.00 ( termasuk minuman ) seorang- Nasi lemak.
 
8. BAYARAN RUMAH PENGINAPAN ( bahagian atas dan bawah ): 
Bayaran untuk sehari semalam RM 400.00.
 
9, WAKTU SEWAAN HOMESTAY :
Masuk jam 2.00 petang. Keluar jam 1.00 petang ( Kecuali sebab/ keadaan tertentu )

(*) Setiap tempahan homestay perlu membuat bayaran pendahulun ( deposit ) RM 100 ke dalam akaun Bank Islam no. 12056-02-0074475 ( Ab.Jalil ). Pertanyaan dan tempahan perlu disertakan nama penuh dan alamat ( bandar ) untuk tindakan segera. 

GAMBAR RUMAH  

( Bangunan luar , ruang rehat / beranda, ruang dapur, bilik tidur,  ruang tamu )


****************

RUMAH TRANSIT KUMPULAN (4)
( Rumah Haji Mokhtar )


1- Lokasi:
  Kawasan kebun kelapa kariah Tebok Marso, Sungai Haji Dorani.( Tepi jalan
  besar Sungai Besar )

2- Status :
  Rumah batu sebuah.

3- Persediaan rumah:
  Tiga bilik tidur ( 2 bilik berhawa dingin ), TV, bilik mandi serta tandas di dalam rumah
  ( Alas tidur tambahan dan alatan lain boleh dipohon ) dan dapur memasak.

4-Kedai makan minum:
- Pasar Sungai Haji Dorani Perdana: 0.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : 1.5  km  ( Jauh dengan kawasan sawah :  0.5 km  )
- Pekan Sungai Besar : 4 km.

5- Kadar sewa sehari / malam:
Sewa RM 250.00 .

6- WAKTU SEWAAN :
Masuk jam 2.00 petang. Keluar jam 1.00 petang ( Kecuali sebab/ keadaan tertentu ).

(*) Setiap tempahan homestay perlu membuat bayaran pendahulun ( deposit ) RM 100 ke dalam akaun Bank Islam no. 12056-02-0074475 ( Ab.Jalil ). Pertanyaan dan tempahan perlu disertakan nama penuh dan alamat ( bandar ) untuk tindakan / layanan segera.

GAMBAR RUMAH
                                     ( Luar bangunan, bilik tidur, ruang tamu dan dapur )
 
 
   

******
RUMAH HOMESTAY KUMPULAN  (1)
( Homestay Jamal - 7 Unit )

1-  LOKASI:
      Kawasan sawah padi Kariah Parit (1) Sungai Haji Dorani.
 
2 - MUATAN PELAWAT DAN SEWA SEHARI / MALAM:
     2.1 - Blok ( A ) : Tiga unit ( No.1, 2. 3 )
     2.2 - Blok ( B ) : Empat unit ( No.4, 5, 6, 7 )

3 - PERALATAN BILIK:

     Blok (A) -
     No.1 = ( Studio ) 2 katil queen. ( RM 170.00 )
     No.2 atau 3 = 1 bilik dan 1 katil queen.  ( RM 170.00 - Tiap bilik )

     Blok (B) = 4 unit ( Ada kemudahan dapur )
     No.4 = 1 katil single dan 1 katil Queen. ( RM 180.00 ).
     No.5 atau 6 = 2 katil Queen. ( RM 180.00 - tiap bilik ).
     No.7 = 1 katil Queen ( 1 bilik ). ( RM 180.00 )

4. KEMUDAHAN LAIN DISEDIAKAN :

  * Kemudahan tempat BBQ ( Arang tidak disediakan ).
  * Cerek eletrik .
  * Iron( alat dobi ) dan TV.
  * Dapur memasak dan peti sejuk .
  * Bilik berhawa dingin.
  * Alat memancing / umpan, basikal dan layang-layang ( disewa )
  * Ada kolam mandi untuk kanak-kanak. 
  * Menerima tempahan makanan ' Nasi Ambeng ' ( Bayaran asing )
  * Menyediakan tempahan khemah kecil / besar ( Bayaran asing )

  5- KEDAI MAKAN/ SARAPAN:

   - Pekan paling hampir : Sungai Besar 5 km 
   - Pasar Sungai Haji Dorani Perdana: 1 km.
   - Pantai Sungai Haji Dorani : 1.25 km 
   - Kawasan sawah padi berada di keliling rumah dan berhampiran parit besar / ada kolam
     ( khas ) untuk aktiviti memancing

  6- WAKTU SEWAAN HOMESTAY:
     Masuk jam 2.00 petang. Keluar jam 1.00 petang ( Kecuali keadaan/ sebab tertentu ).

(*) Setiap tempahan homestay perlu membuat bayaran pendahulun ( deposit ) RM 50 ke dalam akaun Bank Islam no. 12056-02-0074475 ( Ab.Jalil ). Pertanyaan dan tempahan perlu disertakan nama penuh dan alamat ( bandar ) untuk tindakan segera.


( HOMESTAY BLOK A ) 
 ( Bilik No.1, No.2 dan No.3 )

 
( HOMESTAY BLOK B )
( Bilik No.4, No.5, No.6 dan No.7 )

.(*) . Rumah Blok (A) dan Blok (B) sesuai disewa untuk sambutan Hari Keluarga , Semua rumah muatan kira-kira 30 orang dewasa / kanak2 serta mempunyai halaman luas untuk kenderaan dan acara sukaneka.
(*). Tempahan untuk tujuan itu perlu dilakukan  (15 ) hari sebelum tarikh dan wang pendahuluan sebanyak RM 350.00.
 
 ============================================
                                                                 
KUMPULAN KEDUA
  ( Homestay Zam - 2 Unit )

1- Lokasi : Simpang 3 Loji, Sungai Haji Dorani - Tepi Jalan Raya Sungai Besar. ( Kawasan kebun
    mempelam )

2- Status : Rumah batu sederet ( 2 unit ).

3- Kemudahan Rumah  Setiap unit ada tandas dan bilik mandi di dalam rumah,  sebuah
  katil kelamin , TV, ruang rumah berhawa dingin ( Alas tidur / bantal tambahan,
  cerek elektrik,   setarika boleh diguna atas permintaan )

4- Kedai makan / minum:
- Warung minum dan warung buah2an di hadapan homestay.
- Kedai makan: Jalan Simpang 3 Loji ( 0.5 km ) dan Pekan Sungai Besar (  2.0 km )
- Pasar Sungai Haji Dorani Perdana : 1.5 km.
- Pantai Sungai Haji Dorani : km.
- Jauh dengan kawasan sawah :  0.5 km

5- Kadar sewa :
  Unit ( 1 ) atau unit (2) RM 130.00 sehari / malam

6- WAKTU SEWAAN HOMESTAY :
Masuk jam 1.00 petang. Keluar jam 2.00 petang ( Kecuali sebab/ keadaan tertentu )

(*) Setiap tempahan homestay perlu membuat bayaran pendahulun ( deposit ) RM 50 ke dalam akaun Bank Islam no. 12056-02-0074475 ( Ab.Jalil ). Pertanyaan dan tempahan perlu disertakan nama penuh dan alamat ( bandar ) untuk tindakan / layanan segera.

GAMBAR HOMESTAY ZAM UNIT 1 DAN 2
( Luar bangunan dan dalam bilik )



=============================================

KUMPULAN KE TIGA
Pondok Zam - 2 Unit 

1- Lokasi : Seperti di atas.
 
2- Status : Rumah kayu  ( 2 unit )

3- Persediaan rumah
  Dapur memasak , katil kelamin, TV, kipas angin dan peralatan
  elektrik ( atas permintaan )

4- Kadar Sewa  :
Unit (1 ) atau unit (2 ) RM 130.00 sehari / malam

5- Waktu sewaaan  :
Masuk jam 2.00 petang. Keluar jam 1.00 petang ( Kecuali sebab tertentu - dilanjutkan)

(*) Setiap tempahan homestay perlu membuat bayaran pendahulun ( deposit ) RM 50 ke dalam akaun Bank Islam no. 12056-02-0074475 ( Ab.Jalil ). Pertanyaan dan tempahan perlu disertakan nama penuh dan alamat ( bandar ) untuk tindakan / layanan segera.

GAMBAR PONDOK ZAM (1)
( Luar bangunan dan dalam bilik ) 


 
GAMBAR PONDOK ZAM ( 2 )
( Luar bangunan dan dalam bilik )



=============================================
 
 KUMPULAN KE EMPAT
Pondok Kembara - 2 unit
 
1. Lokasi :  Kawasan kebun kelapa .Tepi jalan besar Batu 10 1/2 Sungai Haji Dorani - 
    ( Berhadapan Pam Minyak Petronas ).
 
2. Status : Rumah satu bumbung ( 2 )  bilik pintu berasingan. Setiap bilik berhawa dingin.

3. Persediaan rumah : Setiap bilik ada satu katil kelamin dan ada ruang untuk alas tidur 
     tambahan ( Toto ) , setiap bilik juga ada ruang dapur untuk memasak, bilik air dan tandas.

4. Kadar sewa : Bilik (1) ATAU bilik (2) RM 130,00 sehari semalam. ( Jika sewaan serentak
    untuk 2 bilik sekali sewaan akan diberikan " potongan harga ".

5, Waktu sewaan : Masuk jam 2.00 petang. Keluar jam 1.00 petang keesukan hari,
    ( Kecuali sebab tertentu - dilanjutkan  )

                                                       GAMBAR PONDOK KEMBARA

( sedang dikemaskini )