HOMESTAY KEMBARA NORMA BARU
Pembinaan sebuah ' laluan baru / lebuh raya ' melintasi Kampong Sungai Haji Dorani, Sungai Besar sekarang, di samping ' musim PKP - covid 19 ' yang melanda negara kita , pihak pentadbiran HOMESTAY KEMBARA telah mengambil tindakan dan melakukan beberapa perubahan sesuai dengan keadaan masalah dinyatakan.
Perubahan terpaksa diambil dari segi jenis aktiviti dan jadual tempat lawatan sedia ada , supaya dapat berjalan lancar dan memuaskan hati para pelawat. Namun perubahan tidak melibatkan maklumat berkaitan dengan ' pakej rumah / homestay ' sedia ada.
Pentadbiran HOMESTAY KEMBARA akan memberikan senarai pakej lawatan yang baru dalam blog ini dengan secepat mungkin untuk tindakan para pelawat.
Pihak pengurusan HOMESTAY kEMBARA memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa bertindak ' menutup sementara ' perkhidmatannya mulai Mac 2020 lalu akibat wabak Covid 19 dan tindakan PKP oleh kerajaan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan